Chapter 1
Permulaan kepada tahun baru. Bosannya kena mendaftar sebagai new student. Mana agaknya pejabat kerani ni dah lah sekolah ni dah boleh dinaik taraf sebagai muzium. Pening kepala mencari pejabat tersebut. Tiba tiba “maaf saya tak sengaja. Ucapku lembut tanpa memandang empunya badan yang ku terlanggar tadi. Cepat tanganku mengutip kertas kertas yang bersepah di atas lantai akibat insiden tadi. Siapa agak nya yang ku langgar tadi ya. Takkan salah seorang cikgu atau ???!! Otakku cepat mentafsir adakah aku telah berlanggar dengan manusia ataupun HANTU!! Eih… janganlah dahlah sekolah ni nampak seram semacam je. Tapi dia yang drift semacam sampai tak menyempat aku mencuri pandang. Malaun mana la agaknya tu. Cepat ku memperkemaskan langkah meneruskan tujuan sebenar.
Boleh tahan juga protocol sekolah ni. Ala macam sekolah Zaman Victorian dulu. Uniform kitorang pula lain dari sekolah kerajaan yang sedia ada. Aku sampai sekarang pun masih terconfius dengan system demerit yang MR Brown tu cakap. Ala cuba dibayangkan Mat Saleh yang dah lama bertapak di Malaysia yang tak pernah putus asa cuba untuk cakap melayu hah.. begitulah bunyi pelatnya. Walaupun nampak Classic, equipment kat sekolah ni semuanya serba canggih. Almaklumlah sekolah celup standard dan Quality mesti baik punya la. Aku meneruskan langkah sekali lagi, kali ni agak jauh sikit…HOSTEL!!!! Daddy please bring me home…..
Chapter 2
Ni Dorm awak. Tunjuk matron Aspuri ke bilik bernombor 11. Aku mengangguk dan berterima kasih. Sambil membuka pintu aku bagai terpukau melihat keadaan bilik tersebut. Hanya ada 3 orang dalam satu bilik. 2 dari teman sebilikku dah masuk kelas. Almaklumlah kan aku berpindah randah ni masa waktu belajar. Setiap locker berlekat nama. Amira…Rose… mereka ni lah roommate aku kelak. Dah puas ku menelan air liur. Bersih je keadaan bilik tu. Bilik air pun connected dengan bilik kitorang. Memang classy betul lah sekolah ni. Pandai daddy pilih sekolah kan..Aku terasa seperti ada genangan airmata dikelopak mataku. Ku tahan. Kalau lah daddy tak pilih project tu aku takkan dibuang ke sekolah ni. Dengan langkah lemah ku buka locker kosong dan mula menyusun baju bajuku ke dalamnya. Tiba tiba kedengaran bunyi loceng. Apa !!! LOCENG !!! dalam zaman canggih ni masih ada orang guna loceng ke…aku memandang keluar melihat seorang jaga sedang bersungguh menarik loceng tembaga yang entah dari kurun ke berapa lagi dah ada kat situ. Seperti sekumpulan lebah aku terdengar betapa bisingnya pelajar pelajar balik ke hostel. Gelak ketawa..menyanyi .. menjerit serba serbi lengkap. Aku mendiamkan diri mengemas locker dan juga katil ku. Pintu di kuak. Dua gadis manis bertocang dua muncul dalam uniform orthodox sambil menjinjit bag dan buku. Hi… tegur salah seorang dari mereka. Aku senyum. Oh awak la budak baru dari oversea yang budak kelas dok cakap tu. Tegur salah seorang dari mereka dalam pelat ke negeriannya. Ah…aku cuba untuk memahami. Awak tak faham bahasa melayu ke. Soal mereka. Aku senyum lagi. Maaf kalau kelakuan saya buat awak berdua confuse. Saya orang Malaysia cuma lama bermastautin di Negara orang. Well thats my dad fault tak nak berjasa kat negara sendiri. Ulas ku serius cuba menahan ketawa. Tiba tiba haha….akhirnya pecah juga ketawa yang dah lama ditahan. Awak tolong jangan buat lawak boleh tak? Tegur mereka. By the way saya Amira,.. ni Rose. Welcome to our school and this is our lovely crib. Amira memulakan intro dia. Just call me Sofea. Arianna Sofea Sobri. Ulangku. Well Ary…. You don’t mind right we call you Ary kan…ujar mereka lagi. Aku menggeleng. I love it senyum. Once again…Welcome!!!! Sambil mempamer open arms untuk masuk ke dalam group hug.
Chapter 3
Janggal rasanya menyarungkan uniform buat pertama kali. Apa agaknya method dan syllabus yang mereka ada kat sekolah ni. Aku berdebar. Ary dah sedia dengan awak punya first debut ke? Soal Amira. Aku sengih dalam hati dup dap dup dap..tuhan saja yang tahu. Ku perlahankan langkah menuju ke kawasan bangunan lama yang mengisi Kelas kelas dari Form one hinggalah ke Form 5. Nama nama kelasnya tak banyak. 3 Je. Appollo (Wajid lulus music), Hera (wajib lulus literature) sebenarnya aku tak nampak relatifnye just because Hera is god of marriage, women & Child birth dan juga Zeus wife. Last but not least, Zeus, (Sains) king of the entire Greek god. Aku menempatkan diriku di kelas Appollo. Mudah je alasannya music is my life walaupun di sekolah terdahulu my major subjeck was chemistry. Papa takkan menghalang sebab dia tahu kegilaan ku kepada music. Keyboard tue tulah yang ku bawa ke sana ke mari untuk mencungkil lagi bakat yang kononnya ada. Masa mama ada, dialah yang bersungguh sungguh hantar aku ke kelas piano, violin sebab mama dan aku ada persamaan. Music. Kami pencinta music. Dari mama ku kenal siapa Mozart, Bach, Chopin dan buatku jatuh cinta dengan Classicals Shubert “ave Maria”. Menitis airmata ku bila mengalunkan iramanya. Kisah cinta yang tak kesampaian. Aku duduk berdekatan dengan tingkap yang menghala ke assembly hall. Budak budak dalam kelas ni pun standard juga. Ipod nano, MAC Laptop streaming internet gubah lagu, Handphone tak ye cakap la latest blackberry pun diorang ada. Aku Cuma ada MP3 yang boleh record setiap kali aku guna “my classic keyboard”. Aku menghela nafas panjang. Dasar anak anak lord. Aku menarik kerusi dan memandang keluar. Cikgu cikgu tengah meeting. Tulah yang aku dengar tadi sewaktu on the way ke kelas. Agaknya sampai pukul berapa la meeting mereka tu ya.
Hi beautiful girl…day dreaming??? Tegur satu suara menganggu mimpiku. Aku mengangkat muka. I think we have never been introduce sambungnya. Guys …kita ada student barulah.. korang apalah …dan kemudian dia berpaling memandangku. The floor is yours. Sambungnya untuk kesekian kalinya. Hi …nama saya Arianna Sofea. Aku berpaling sambil tersenyum kepada mamat yang fikir aku tak reti berbahasa melayu. Saya boleh berbahasa melayu dan terus kembali duduk. Tujuan ku untuk menyambung kembali lagu lagu yang menjadi halwa telingaku tiba tiba terbantut. Oh… you can speak malay…sorry darling but I can’t. ucapnya berlalu. Nak isytihar perang ke? Kosong…aku tak tahu nak cakap apa. Dia marah ke. Alamak permulaan yang tak baik bagiku. Aku memang fail bab bab berkenalan ni. Papa please help me. Awak jangan kecil hati. Zack memang macam tu. Budak budak lain cuba untuk memujuk hati yang tiba tiba macam kena bom tangan. Aku cuba untuk me Rewind semula adegan tadi. Aku Cuma ingin memberitahu hal sebenarnya kenapa disalah anggap pula. Seketika kemudian cikgu yang ditunggu tunggu akhirnya tiba. Walaupun syllabus pelajaran yang aku terima sebelum ini agak ke hadapan namun is still quiet interesting. Aku cuba untuk memahami satu satu topic, sub topic dan tak pernah ketinggalan untuk mengikuti discussion. Yelah aku terpaksa berlari sebelum sempat belajar merangkak coz almost all the syllabus dalam bahasa melayu except for Math, Science and computer. The rest all in bahasa. Music aku tak tahu lagi. Bahasa Melayu ke atau Inggeris. Mampuslah aku. Kamus bergerak ada kat tengah laut. Macam mana ni. Kalau sewaktu di Jepun dulu aku terpaksa berkerja keras untuk mempelajari bahasa mereka, kat San Fransisco tak susah sebab dalam bahasa Inggeris. Kira kalau ku duduk SAT pun will be flying colours. Ni bahasa Melayu, bab sastera tu memang aku fail banyak. Ada sekali cikgu Tanya pasal “Bota” aku geleng pulanya cepat hingga satu kelas boleh gelak sakan. Rupa rupanya Gergasi kalau zaman kini orang panggil. Akhirnya aku hanya mampu tersenyum dengan muka yang merah padam. Malu rasa mengaku anak melayu. Nasib baik budak yang bernama Zack tu bukan budak kelas kami. Dia perantau bersama dua kawannya lagi. But who cares.
No comments:
Post a Comment