Thursday, November 20, 2008

Bila jari ku kembali menari


Hari ini aku ingin berkongsi pengalaman tadi. Well habis kelas malam dalam pukul 2130 aku menanti bas dengan penuh sabar. Manusia pertama yang lalu dihadapan mataku adalah seorang lelaki bersama bayi yang dikendongnya dalam gerimis malam. Sahabatku disebelah lantas menegur sambil merasa kasihan melihat kesungguhan seorang lelaki yang bergelar bapa untuk memberikan perlindungan kepada anaknya dari terkena hujan. Hati kecilku pula turut berhujah. Kita sepatutnya bersyukur dan salute pada lelaki sebegitu yang berani memegang tanggungjawab, mana perginya para isteri. insiden kedua setelah bas yang ditunggu tak juga kunjung tiba kami kali ni dkunjungi oleh seorang perempuan. Pada pandangan mata kasar kelihatan perempuan tu seolah olah menunggu seseorang. Dari segi pakaian yang tak teratur dan kukunya yang hitam kami merasakan perempuan tu spesis orang gila. Aku lantas angkat kaki sebab jam sudah 2215hrs. Aku lantas bersuara pada sahabat yang turut sama menunggu bas. Ku pandang wajah sahabatku yang seakan takut. Alhamdulliah taxi sampai. Tatkala di dalam taxi barulah dia menceritakan keadaan perempuan tu sebenarnya. Walaupun bunyinya seakan serkap jarang tetapi just imagine dalam jam sebegitu dalam pakaian yang basah kuyup oleh hujan dengan keadaan tak tentu dia hanya mendiamkan diri. Bunyi dan lagaknya seakan creepy kan. Tapi itulah yang berlaku. Takut juga kalau orang gila. Kang tak pasal pasal dia mengacukan pisau pula pada kami berdua. I hope cerita ni tak disalah ertikan. Cuma ingin berkongsi dan turut bersimpati. Well, poverty is not unusual word anymore. Sometimes mereka jadi begitu pun disebabkan ada kisah, cerita, peristiwa yang berlaku disebaliknya.

Tuesday, November 18, 2008

Pain is Love.......2


Chapter 5

Suasana di music hall sunyi. Budak budak yang lain semuanya masih kat kelas. Tak de keja nak buat. Cikgu cikgu bermesyuarat buat kali kedua. Asyik mesyuarat je. Ku pandang violin yang tersusun kemas. Rindu nak mendengar gesekan violin ni. Dulu mama yang selalu memujukku untuk mendengar gesekkan violin ku. Terasa ada genangan airmata namun ku tahan. Aku telah berjanji dengan Papa untuk tidak menangis di atas pemergian mama. Lagipun mama dah lama menderita. Syukur tuhan telah mengakhiri penderitaanya walaupun dalam sakit mama masih boleh menyayangiku dan memberikanku kekuatan untuk menempuh hari yang mendatang. Lembut tanganku mengalunkan irama kegemaranku “Ave Maria”. Tanpa sedar juga airmataku menitis. Seperti ada persamaan antara kisah Hang Tuah dan Tun Teja dengan kisah disebalik irama yang ku alunkan Cuma kisah ni lebih sedih lagi sebab Sang Kekasih yang melupakan kekasih lamanya. Hatiku menangis. Seluruh kesedihan ku berikan sepenuhnya. Laju jemari aku mengalunkan hingga pengakhirian lagu. Hah …keluhan berat ku lepaskan setelah selesai mengalunkan irama. Cepat tanganku mengemaskan kembali violin yang kugunakan. Apa lagi alat muzik yang awak tahu main? Satu suara menyoalku dari belakang. Aku berpaling bila pula Zack and the gang ada kat sini. Aku mencari kelibat Ray. Dia seperti biasa berlagak cool hanya memandang ku dari kejauhan. Zack pula jadi Pak Sibuk nak tahu apa, kenapa, bagaimana? Ah bengangla. Aku senyum. Nak jam….ajakku. Lagipun tak de benda nak buat. Kita boleh jadi Quartet if you want to play. Cepat cepat tanganku mengambil violin tetapi terambil electric guitar. Ops that my expertise.. Classical …ahh.. too old serentak Zack dan Ray bersuara. Im jadi lead vocal jap and Y as usual. Arah Zack. Aku pandang mereka. Sofea kalau sofea nak boleh jadi pemain keyboard tak ye lah guna piano nampak macam pro pula. Ajak Ray. Aku senyum. How’s BM this Morning, ok? Sambungnya lagi. Aku mengangguk. Ehm … dah siap ke korang dating? Sampuk Zack sambil menunjukkan muka masam. Aku malas jadi keyboardist jadi aku mengambil keputusan mendengar mereka jamming. Best juga. Adalah bakat terpendam. Ku pandang ke arah Ray. Dia berkarisma la. Eh… seram la dengan perasaan sendiri ni. Oh god.. what should I do. Aku tunduk dan kaki terus melangkah keluar dari dewan menuju ke Dormitory kitorang walhal waktu balik belum sampai masanya. Aku takut dengan perasaan sendiri. Sampai dalam bilik aku diam. Jantungku masih berdebar kencang. Apa harus aku lakukan. Ary apa awak buat kat sini. Rose muncul entah dari mana. Aku diam. Awak sihat ke? Aku mengangguk. Awak buat apa kat sini juga Rose. Soalku pula. Ehmm…kitorang ada Big Party kat Kelas. Actually boleh kata it’s a surprise Party from Laila untuk Ray. Jelasnya. I datang pun nak ambil benda ni. Sambil menunjukkan Camera Digital brand Nikon. Siapa Laila tu. Soalku lagi. She’s actually Girlfriend Ray. Lama dah sejak kitorang form 3 lagi. Jelasnya. He has a girlfriend and he flirt with me. Aku terkejut badak. My god he’s playing with me all this while and I’m nearly fall for him. Jerit hatiku memberontak. Ary…I pergi dulu. Better you also make a move takut matron jumpa. Teruk nanti dendanya. Nasihatnya. Aku senyum. Kupandang wajahku dicermin. Awak betul betul bodoh baby. Lupakan dia. He’s a player…. Bentak hatiku. Aku harus melupakan Ray Iskandar. Go to hell !!!! I hate you!!!!
Chapter 6


Lewat petang aku menerima panggilan dari Papa. Padanya kuterangnya segalanya, bagaimana aku hampir terjerat dalam kancah percintaan seorang playboy. Papa hanya tergelak. Baby sometimes we need that to lighten up our day. Pasti orangnya handsome kan kalau tidak tak mungkin baby boleh sangkut. Usik Papa. His more like you. Commentku. You mean his Japanese? Soal Papa. NotJapanese ada iras iras kut and his nice guy too. Terang ku. Usikan Papa menghiburkan ku dan Papa berjanji akan datang melawat pada bulan seterusnya. I miss you so much Papa. Well my baby is quite popular also coz not evens a month you got a suitor Ucapnya mengakhiri panggilan telefonnya. Esakan kecil kedengaran keluar dari gelanggang bola keranjang. Di suatu sudut… Cantik .. tulah terdetik di hati Zack. Dari Hari pertama dia melihat Arianna hati dah terusik. Comel seakan lukisan cartoon anime. Alunan piano yang dialunkan Arianna pun turut mengusik malamnya. Aku dah angau kalau tak masakan dia begitu berani merenung dan mengaku pada Geng Kerasnya yang Arianna Miliknya. Mungkin kerana dia merasakan Ray juga turut berminat. Melihat kepada lagak Ray hari itu dia dah boleh agak. Dia kenal sangat siapa Ray. Hati batu terhadap semua spesis cinta Namun Ray is my best friend. Arianna…..ko buat aku gila la. Siapa pula menangis ni. Nah..Sapu tangan grey colour dihulurkan kepadaku. Aku mendongak. Zack…bagaimana dia ada kat sini. Dia kemudian baring di padang rumput tempat aku duduk. Daddy babies.. aku diam. Skirt putih yang ku pakai dikipas kipas angin. Tenang. Zack diam. Sapu tangan grey tu singgah dipipi yang basah dengan airmata. Rindu… that natural for us. Kalau rindu sangat sangat I’m always around. Rasanya bahu ni masih boleh tahan kalau setakat kepala Ary. Pujuknya. Airmataku masih mengalir. Papa tak pernah macam ni. He never leave me alone after mum died. Zack memandangku. Ary… dia tak berkata apa apa tapi dari pandangan matanya seperti tersalur kuasa solar. I will not cry. Aku senyum . Arigato Zack. Ucapku dalam Japanese dan untuk pertama kali kurasakan dia baik. Dia senyum. By the way are you always this with this image. Soalnya. Aku berpaling cuba untuk marah. It’s cute princess ucapnya sambil jarak mukanya hanya berberapa inci dari mukaku. You!!! …Tiba tiba ku rasa seperti tempurung lutut nak tercabut pula. Hebatnya tamparan Putera putera Zeus ni. Lupa nak bagitau, dia dari kelas 4 Zeus. Hati hati Ary...rangkulnya dipinggang bila menyedari aku hilang imbangan. Ehmm janganlah nak beromantik romantic kat sini pula. Sampuk Imran yang datang dari arah yang tak diketahui. Dibelakangnya Ray namun wajahnya seakan sedih bila melihat kami berdua. Zack cuma tersenyum mengaru kepala yang tak gatal. Aku???? Masih mencari cari kenapa Ray begitu. Namun aku harus tahu jawapan. He’s got a girlfriend.

Hot Couple !!!
Zack n Ary

What !!!! pagi pagi buta aku dah diserbu oleh budak kelas. Ada yang memaksa ku untuk melihat bulletin pelajar. Tak kurang juga perlian sinis dari kelompok kelompak peminat Zack. Pantas kaki melangkah ke kelas Zues. You better settle this. Marahku sambil mencampak gambar aku dengan Zack yang tengah duduk di tepi padang berdekatan gelanggang bola keranjang. Banyak lagi gambar gambar lain termasuklah gambar kami berdua yang begitu mesra berpelukan dan muka yang jaraknya hanya a few inch. Dia hanya tersenyum kambing je. Aku sebenarnya tak pernah Nampak kambing senyum…..whatever, aku masih menunjukkan muka serious padanya. Dia masih dengan gaya yang sama. What we have here… sampuk satu suara dari belakang. Ray !!!! nice and amatur. Komennya lagi. What is that suppose to mean…so amatur marahku bengang dengan mereka berdua. Go to hell!! Jeritku meninggalkan kelas mereka. Dia langsung tak kisah. Kenapa aku harus marah, bengang dan sangat sangat piss off bila Ray berikan ulasannya. Jantungku berhenti berdenyut seketika. My Gosh.. aku memang dah suka kat dia. Puas ku bermonolog mencari sebab mengapa kenapa diatas kemarahanku pada Ray. Aku sepatutnya bengang dengan Zack. Tapi …jawapan tetap sama. I’ve fall in love with him. Hatiku memberontak. Jiwaku menjadi juri perasaan menjadi hakim akhirnya terlepaslah satu keluhan yang berat. Sorry!!! Suara tu mengganggu ku bermonolog. Aku berpaling. Zack. Buat pertama kali ku lihat air mukanya berbeza. Ikhlas. Hatiku membuat keputusan. Aku harus lupakan Ray. Dia ada Laila. Muktamad!!! Aku tunduk. Ary pun minta maaf juga sebab ter “over” marah tadi. Giliran ku pula berkata. So we can be friends. Ucap Zack sambil menghulurkan tangan untuk salam persahabtan. Aku mengangguk dan kemudian tersenyum manis. Friends…. Seminggu peristiwa itu berlalu. Seminggu juga aku menjadi sasaran Mira and Rose. Aku pekakkan telinga tulikan segala indera. Pada Zack aku masih lagi menjadi mangsa usikkan. Walaupun begitu ku faham mengapa dia melakukan semua itu. Jawapannya mudah. I’m a loner. Aku dengan rasminya menjadi Gang Keras pada Zack, Im, Y mahupun Ray. Walaupun terasa pelik but then I’ve tried my best to fit in. Pada Zack kami sekepala, pada Im mahupun Y teman bergurau senda namun pada Ray aku menjadi Robot. Entahlah apa kena dengan diriku. Dingin yang mengisi persahabatan kami sedingin Musim salji. Namun untuk Zack aku lebih menjadi musim panas ataupun musim bunga. Happy. Tetapi siapa yang menemani ku ketika luruh ku...Namunku tahu aku tak mungkin ingin selamanya menjadi musim luruh yang nampak tenang keperangan tetapi sebenarnya kosong dan sunyi. Aku tahu dan mengerti mungkin juga Zack kerana kami saling berkait saling mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Walaupun ku tak tahu lanjut tetapi he came from a broken family. Cakap pasal family je dia tukar topic, walhal aku tak pernah langsung untuk menyentuh buku hati yang bertajuk salahsilah familynya sedangkan aku…….My Mom orang melayu. Asal orang sini. Dia dibuang keluarga sebab mencintai Ryotaro Tsukomori @ Sobri Abdullah my papa. Dari cerita papa, Mama berasal dari keluarga berada. That’s why mereka tak dapat menerima seorang pekerja carigali minyak yang miskin seperti papa. Akhirnya mama membawa diri Ke Jepun setelah berkahwin dengan papa. Seperti Ary, mama free spirit. Kadangkala terasa lucu seorang wanita melayu pada gambaran Ary adalah seorang yang fragile and not that free spirited macam mama. She’s not only my mama but my best friend. Terasa ada air yang mengalir di pipiku. Well I can see that. Ucap Zack bangun dari kerusi yang sedari tadi khusyuk mendengar sejarah hidupku. Awak tak nak cari saudara saudara awak kat sini ke. Soalnya. I have met them once. Semasa hari pengkebumian mama. They have scolded and yelled at papa. Masa tu Ary tak tahu apa apa. Ary masih kecil … I’m just 11 years old. They accused papa as killer for mama death. Ary masih ingat lagi betapa sombong dan angkuhnya mereka pada papa. Sambungku namun ada dendam disetiap butir bicara. Ary…….maafkan Zack kerana membawa Ary kepada kenangan yang Ary tak nak ingat. Ehmm..it’s ok I’m ready for that coz somehow somewhere I’ll meet them one day. Ucapku tegas. Ok don’t so melancholic jom balik dorm lagipun is only left two of us kat sini kalau Cikgu Mat nampak kena tangkap kering pula. Usik Zack sambil aku tertawa kecil. Bahagianya ada gang satu otak ni. Dari pandangan mata kasar , kami bagai pasangan kembar siam berlain ibubapa. Aku senang dengan layanan Zack. At least I have a friend that I can call bestfriend selain papa and arwah mama.

Monday, November 17, 2008

Bila Jari menari...


Hari ini tak seperti hari biasa. Aku demam selsema yang teruk. Semalaman tak tidur membawaku untuk menulis apa apa yang ada di hati. Hopefully selepas makan ubat aku akan sihat seperti biasa. Tak suka la bila nose blocking ni.Nampaknya lambat lagi nak update my blog coz sakit ni pun at least ambil masa lama. Ni pun tengah tak larat nak tulis.Apa apapun saya nak berkongsi lyrics lagu kenny rogers kat bawah. Sedih tapi itulah kadang kadang reality kehidupan.

KENNY
Just look at you sitting there
You never looked better than tonight
And it'd be so easy to tell ya I'd stay
Like I've done so many times

KIM CARNES
I was so sure this would be the night
You'd close the door and want to stay with me
And it'd be so easy to tell ya I'll stay
Like I've done so many times

BOTH: Don't fall in love with a dreamer
'cause he'll always take you in
Just when you think you've really changed him
He'll leave you again
Don't fall in love with a dreamer
'cause he'll break you every time
KIM: Oh, put out the light
KENNY: Just hold on
BOTH: Before we say goodbye

KIM
Now it's mornin' and the phone rings
And you say you've gotta get your things together
You just gotta leave before ya change your mind

KENNY
And if ya knew what I was thinkin', girl
I'd turn around if you'd just ask me one more time

BOTH: Don't fall in love with a dreamer
KIM: 'cause he'll always take you in
BOTH: Just when you think you've really changed him
He'll leave you again
Don't fall in love with a dreamer
KENNY: 'cause he'll break you every time
KIM: Oh, put out the light
KENNY: Just hold on
BOTH: Before we say goodbye
BOTH: Before we say goodbye
BOTH: Goodbye

Well...enjoy .................

Sunday, November 16, 2008

Kodok Kuning II


Kerja .... kerja bosannya. Hari ini aku merindui wajah Kodok Kuning. Dengar cerita dia dah berjumpa Puteri Kayangan "Aurora". Akhirnya jawapan pasti yang ku dapat. Dia selama ini sekadar menjadikan aku pelabuhan. Sekadar tempat persinggahan. Walaupun Si Kodok ni tak pernah untuk berterus terang nganku. Ah... bencinya dengan perasaan sendiri. Well, kita akan hentikan cerita Kodod kuning buat sementara waktu. Hopefull, korang bacalah cerita Pain is Love bukan karya berdasarkan pengalaman sendiri ye.. tapi imaginasi yang melampaui batas agaknya.

Friday, November 14, 2008

Pain is Love.......1



Chapter 4


“Music Class”.Kami keluar dari bangunan sekolah menuju ke satu hall. Memang best gila la hall tu. Sound proof. Semua percussion ada. Dari moden ke acoustic dan traditional. Caya la sekolah ni. Aku duduk di tempat yang disediakan. Ku lihat pelajar pelajar lain excited nak masuk kelas music ni. Apa yang bestnye. Hai Mr Jay, serentak mereka bersuara. Kelihatan bersamanya Zack yang gila tu dan dua orang kawannya yang aku tak menyempat nak tengok. Topi tutup. Famous juga Mr Jay, orangnya masih muda baru berusia lewat 20- an. I guess 26 yrs old kut sebab tengok caranya pun tahu. 2nd pemakainannya mengambarkan sangat imej keremajaan yang susah nak kikis and 3rd baby face and cute patut pun budak budak perempuan rasa tak sabar nak masuk kelas music. Cikgu handsome. Well I dengar kita ada new student. Tiba tiba dia bersuara. Apa kata kita dengar performance Arianna. Cadang Mr Jay. Aku terlopong. Zack kat sebelah tersengih. Panic sekejap namun segara aku mengangguk. Aku mengambil tempat duduk di satu sudut di mana letaknya piano putih. Dengan tenang aku mengalunkan lagu kegemaranku. Walaupun susah ku alunkan juga karya Chopin,“Fantasia Importu” walaupun seketika ku rasa musik terseret kearah musik moden. Improvisasi music yang cuba ku bawa menunjukkan betapa jauhnya persimpangan antara classical dengan music moden. Very Impressive… tepukan kuat dari Mr Jay mematikan emosiku mengalunkan music. Rebellious. Jiwa memberontak but than pengakhiran yang cantik.. Chopin I guess. Ulasnya. Aku terlopong sekali lagi. No wonder orang pilih dia sebagai guru music. Mr Jay tersenyum manis. I guess you have learn all this since you…em.. let me guess 5 years. Aku mengganguk. Aku terkesima. Let me in you Fan group jugalah. Papa.. baby jatuh cinta la..hatiku berdetik. Bila ku berpusing. Mamat yang pakai topi merangkap teman Zack turut tersenyum. Orangnya handsome juga macam muka Japanese. Alamak janganlah buat aku terperangkap. Selepas tu dia berlalu sambil menunjukkan thumbs up dan mengenjitkan matanya. Aku kaku macam lepas nampak lembaga yang menakutkan. Siapa dia tu ….

Tak sangka ya…seraya aku mendongak. Zack…aku senyum walau ku tahu there’s ill feeling between us. Bukan dari aku tapi dia. Dia duduk sambil merenung wajahku. Why you don’t have any friends. Soalnya. Awak bukan kawan saya ke. Soalku. Dia masih lagi menyambung lagi renungannya. Well I come here bukan apa. You have Fans selain dari Mr Jay. Dia mengangkat tangannya. Kenalkan.. Im @ Imran, Y @ Walid and Ray Iskandar. Alamak mamat hari tu. Dia tersenyum. Ni Arianna Sofea cum my aweks. Selamba je Zack cakap. Aku pandang wajahnya. Dia kemudian berbisik. I’m not qualified only to be friends but Lover. Aku pandang wajah Zack. Apalah otak dia ni. Arianna…hebat lah awak hari tu. Zack tak cakap pun awek dia terrer. Imran membuka cerita setelah melihat tension di antara aku dan Zack. Im just call me Ary and I’m not awek pada Zack ni. Dia saja nak mengusik. Jelas ku mempertahankan diri. Lagu hari tu ... emmm manifestasi jiwa ke. Lonely… Ray bersuara sambil membetulkan topi di kepalanya. Aku diam sambil cuba untuk memahami maksud lonely yang baru diutarakannya. Dia tersenyum. Nice combination. Pujinye. Aku masih terdiam melihat lagak coolnya itu. Zack jom jangan nak usik anak dara orang kat situ. Sambungnya sambil meninggalkan aku terpinga pinga. Zack bangun dan merenung wajahku. Think what I’m saying. Ujarnya mengambil kepingan Sandwich yang masih bersisa. Daddy ...baby in trouble.


Keesokkan harinya, hei budak celup suara tu menganggu cuping telingaku di pagi buta. Saja ku buat tak tahu. Aku tahu pasti Zack the menace. Malas nak layan. Bagai terbayang mimic mukanya semalam. Assalamualaikum Sofea…aku berpaling. Lembutnya suara Ray menusuk terus ke jantung. Aku pandang sambil mengangguk. Can’t wait to see another surprise from you today kat music class. See you. Dia berlalu sambil menunjukkan trademark dia mengenit mata. Apalah budak seekor ni kan. Mata dia rosak ke apa. Aku berpaling ke lain prespektif. Cicak kubing yang seekor ni masih memandang aku dengan pandangan tak puas hati. Awak nak apa Soalku pada Zack. You !!! jelasnya sambil berlalu. I’m still not loser yet. Jeritnya lagi. Ah sakitnya kepala. Papa!!! … . .Apasal tunjuk muka masam ni. Soal Amira yang kebetulan baru keluar dari IT Lab. Hah Amira ni se kelas dengan Zack bengong tu. Aku menggeleng kepala. See you at our crib. Senyum sambil berlalu. Sepanjang hari aku menghadap pelajaran dan pembelajaran yang memeningkan kepala. Aduh susahnya nak faham Bahasa Melayu ni. Awak sibuk ke. Aku mendongak. Tak Cuma tak faham je. Terlalu mendalam sangat. Ku mengeluh di hadapan Ray yang tiba tiba muncul di hadapan mejaku. Bak sini biar saya tengok. Ujarnya. Dengan berat hati ku berikan Buku teks Bahasa Malaysia kepada Ray. Mana satu. Soalnya. Aku senyum. Sepotong ayat klasik lama yang dari tadi memeningkan kepala kuberikan pada Ray. Maksud cerita ni senang. Awak pernah dengar tak kisah Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang? Soalnya. Aku menggelengkan kepala. Tak pernah? Tak pe yang ni satu lagi cerita mengenai Hang Tuah tetapi yang ni pasal kisah percintaannya. Nama heroin kat cerita ni Tun Teja. Terangnya. Ku pandang wajahnya tepat. Dari dahi ke hidung, ke pipi, mulut dan dagu. Sebutir jerawat pun tak de Cuma tahi lalat yang terletak kemas di tepi dagunya. Aku yang sepatutnya mendengar teliti penerangannya tetapi lain pula yang jadi. Aku sebaliknya mengamati wajahnya. Sofea faham atau ada apa apa yang tak kena dengan wajah saya. Soalnya. Automatically rona merah menyerap ke seluruh wajahku. Dia senyum. What!!! he got a dimple too. Hati ku bersuara. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah berakhir. Ray bangun sambil memberikan buku teks kepadaku semula. Awak boleh jumpa saya lagi kalau masih tak faham. Saya sedia berkhidmat. Ucapnya sambil menunjukkan trademarknya. Aku pandang wajahnya sambil berlalu. Diam tetapi hatiku tergaru garu.

Thursday, November 13, 2008

Kodok Kuning...


Letih Seharian kerja tak hilang lagi namun topik hari buat aku excited. Terasa seperti remaja di alam persekolahan pula. Well aku mengelarnya kodok kuning. Sehari tak mengusikku bagai makan tanpa garam minum tanpa gula. Akhirnya aku yang sendiri addicted dengan usikkan. Sehari tanpa dia macam tak lengkap anatomi badan manusia. Usikannya walaupun selamba dan cool tetap seperti musim kegemaran ku. Bau daun kering berwarna perang kekuningan itu yang mengisi setiap lamunanku. Begitu juga dengan si Kodok Kuning. Entahlah wujudkah perasaan itu dihatinya,... aku tak berani nak menduga takut terperasan sendiri. Aku akan terus mencuba to keep my cool Jangan sampai satu masa dia mengetahui aku happy dengan usikkan. Kelak persahabatan yang terjalin bertukar menjadi musuh. Sedih.

Well.. aku akan terus update apa yang berlaku antara aku dan kodok kuning di coretan seterusnya....

Kura Kura n Rama Rama

Pelik tapi itulah yang ingin aku perkataan hari ini. Pasangan kekasih yang cinta mereka kandas di tengah jalan. Ironinya, si Rama Rama macam tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia dan kura kura sudah tidak mempunyai perasaan kasih dan sayang. Setiap gadis yang rapat dan mesra, di siasat dan dibenci. Akhirnya, orang semakin memulau kura kura dan simpati pada Rama Rama. Hinggalah satu hari Kura kura terpaksa pergi jauh untuk menutup segala sejarah, peristiwa kenangan cinta silam mereka. Rama rama terasa sedih akan pemergian Kura Kura kerana di dalam hatinya masih terselit rasa cinta yang suci

Wednesday, November 12, 2008

Pain is Love...

Chapter 1

Permulaan kepada tahun baru. Bosannya kena mendaftar sebagai new student. Mana agaknya pejabat kerani ni dah lah sekolah ni dah boleh dinaik taraf sebagai muzium. Pening kepala mencari pejabat tersebut. Tiba tiba “maaf saya tak sengaja. Ucapku lembut tanpa memandang empunya badan yang ku terlanggar tadi. Cepat tanganku mengutip kertas kertas yang bersepah di atas lantai akibat insiden tadi. Siapa agak nya yang ku langgar tadi ya. Takkan salah seorang cikgu atau ???!! Otakku cepat mentafsir adakah aku telah berlanggar dengan manusia ataupun HANTU!! Eih… janganlah dahlah sekolah ni nampak seram semacam je. Tapi dia yang drift semacam sampai tak menyempat aku mencuri pandang. Malaun mana la agaknya tu. Cepat ku memperkemaskan langkah meneruskan tujuan sebenar.

Boleh tahan juga protocol sekolah ni. Ala macam sekolah Zaman Victorian dulu. Uniform kitorang pula lain dari sekolah kerajaan yang sedia ada. Aku sampai sekarang pun masih terconfius dengan system demerit yang MR Brown tu cakap. Ala cuba dibayangkan Mat Saleh yang dah lama bertapak di Malaysia yang tak pernah putus asa cuba untuk cakap melayu hah.. begitulah bunyi pelatnya. Walaupun nampak Classic, equipment kat sekolah ni semuanya serba canggih. Almaklumlah sekolah celup standard dan Quality mesti baik punya la. Aku meneruskan langkah sekali lagi, kali ni agak jauh sikit…HOSTEL!!!! Daddy please bring me home…..



Chapter 2

Ni Dorm awak. Tunjuk matron Aspuri ke bilik bernombor 11. Aku mengangguk dan berterima kasih. Sambil membuka pintu aku bagai terpukau melihat keadaan bilik tersebut. Hanya ada 3 orang dalam satu bilik. 2 dari teman sebilikku dah masuk kelas. Almaklumlah kan aku berpindah randah ni masa waktu belajar. Setiap locker berlekat nama. Amira…Rose… mereka ni lah roommate aku kelak. Dah puas ku menelan air liur. Bersih je keadaan bilik tu. Bilik air pun connected dengan bilik kitorang. Memang classy betul lah sekolah ni. Pandai daddy pilih sekolah kan..Aku terasa seperti ada genangan airmata dikelopak mataku. Ku tahan. Kalau lah daddy tak pilih project tu aku takkan dibuang ke sekolah ni. Dengan langkah lemah ku buka locker kosong dan mula menyusun baju bajuku ke dalamnya. Tiba tiba kedengaran bunyi loceng. Apa !!! LOCENG !!! dalam zaman canggih ni masih ada orang guna loceng ke…aku memandang keluar melihat seorang jaga sedang bersungguh menarik loceng tembaga yang entah dari kurun ke berapa lagi dah ada kat situ. Seperti sekumpulan lebah aku terdengar betapa bisingnya pelajar pelajar balik ke hostel. Gelak ketawa..menyanyi .. menjerit serba serbi lengkap. Aku mendiamkan diri mengemas locker dan juga katil ku. Pintu di kuak. Dua gadis manis bertocang dua muncul dalam uniform orthodox sambil menjinjit bag dan buku. Hi… tegur salah seorang dari mereka. Aku senyum. Oh awak la budak baru dari oversea yang budak kelas dok cakap tu. Tegur salah seorang dari mereka dalam pelat ke negeriannya. Ah…aku cuba untuk memahami. Awak tak faham bahasa melayu ke. Soal mereka. Aku senyum lagi. Maaf kalau kelakuan saya buat awak berdua confuse. Saya orang Malaysia cuma lama bermastautin di Negara orang. Well thats my dad fault tak nak berjasa kat negara sendiri. Ulas ku serius cuba menahan ketawa. Tiba tiba haha….akhirnya pecah juga ketawa yang dah lama ditahan. Awak tolong jangan buat lawak boleh tak? Tegur mereka. By the way saya Amira,.. ni Rose. Welcome to our school and this is our lovely crib. Amira memulakan intro dia. Just call me Sofea. Arianna Sofea Sobri. Ulangku. Well Ary…. You don’t mind right we call you Ary kan…ujar mereka lagi. Aku menggeleng. I love it senyum. Once again…Welcome!!!! Sambil mempamer open arms untuk masuk ke dalam group hug.


Chapter 3

Janggal rasanya menyarungkan uniform buat pertama kali. Apa agaknya method dan syllabus yang mereka ada kat sekolah ni. Aku berdebar. Ary dah sedia dengan awak punya first debut ke? Soal Amira. Aku sengih dalam hati dup dap dup dap..tuhan saja yang tahu. Ku perlahankan langkah menuju ke kawasan bangunan lama yang mengisi Kelas kelas dari Form one hinggalah ke Form 5. Nama nama kelasnya tak banyak. 3 Je. Appollo (Wajid lulus music), Hera (wajib lulus literature) sebenarnya aku tak nampak relatifnye just because Hera is god of marriage, women & Child birth dan juga Zeus wife. Last but not least, Zeus, (Sains) king of the entire Greek god. Aku menempatkan diriku di kelas Appollo. Mudah je alasannya music is my life walaupun di sekolah terdahulu my major subjeck was chemistry. Papa takkan menghalang sebab dia tahu kegilaan ku kepada music. Keyboard tue tulah yang ku bawa ke sana ke mari untuk mencungkil lagi bakat yang kononnya ada. Masa mama ada, dialah yang bersungguh sungguh hantar aku ke kelas piano, violin sebab mama dan aku ada persamaan. Music. Kami pencinta music. Dari mama ku kenal siapa Mozart, Bach, Chopin dan buatku jatuh cinta dengan Classicals Shubert “ave Maria”. Menitis airmata ku bila mengalunkan iramanya. Kisah cinta yang tak kesampaian. Aku duduk berdekatan dengan tingkap yang menghala ke assembly hall. Budak budak dalam kelas ni pun standard juga. Ipod nano, MAC Laptop streaming internet gubah lagu, Handphone tak ye cakap la latest blackberry pun diorang ada. Aku Cuma ada MP3 yang boleh record setiap kali aku guna “my classic keyboard”. Aku menghela nafas panjang. Dasar anak anak lord. Aku menarik kerusi dan memandang keluar. Cikgu cikgu tengah meeting. Tulah yang aku dengar tadi sewaktu on the way ke kelas. Agaknya sampai pukul berapa la meeting mereka tu ya.


Hi beautiful girl…day dreaming??? Tegur satu suara menganggu mimpiku. Aku mengangkat muka. I think we have never been introduce sambungnya. Guys …kita ada student barulah.. korang apalah …dan kemudian dia berpaling memandangku. The floor is yours. Sambungnya untuk kesekian kalinya. Hi …nama saya Arianna Sofea. Aku berpaling sambil tersenyum kepada mamat yang fikir aku tak reti berbahasa melayu. Saya boleh berbahasa melayu dan terus kembali duduk. Tujuan ku untuk menyambung kembali lagu lagu yang menjadi halwa telingaku tiba tiba terbantut. Oh… you can speak malay…sorry darling but I can’t. ucapnya berlalu. Nak isytihar perang ke? Kosong…aku tak tahu nak cakap apa. Dia marah ke. Alamak permulaan yang tak baik bagiku. Aku memang fail bab bab berkenalan ni. Papa please help me. Awak jangan kecil hati. Zack memang macam tu. Budak budak lain cuba untuk memujuk hati yang tiba tiba macam kena bom tangan. Aku cuba untuk me Rewind semula adegan tadi. Aku Cuma ingin memberitahu hal sebenarnya kenapa disalah anggap pula. Seketika kemudian cikgu yang ditunggu tunggu akhirnya tiba. Walaupun syllabus pelajaran yang aku terima sebelum ini agak ke hadapan namun is still quiet interesting. Aku cuba untuk memahami satu satu topic, sub topic dan tak pernah ketinggalan untuk mengikuti discussion. Yelah aku terpaksa berlari sebelum sempat belajar merangkak coz almost all the syllabus dalam bahasa melayu except for Math, Science and computer. The rest all in bahasa. Music aku tak tahu lagi. Bahasa Melayu ke atau Inggeris. Mampuslah aku. Kamus bergerak ada kat tengah laut. Macam mana ni. Kalau sewaktu di Jepun dulu aku terpaksa berkerja keras untuk mempelajari bahasa mereka, kat San Fransisco tak susah sebab dalam bahasa Inggeris. Kira kalau ku duduk SAT pun will be flying colours. Ni bahasa Melayu, bab sastera tu memang aku fail banyak. Ada sekali cikgu Tanya pasal “Bota” aku geleng pulanya cepat hingga satu kelas boleh gelak sakan. Rupa rupanya Gergasi kalau zaman kini orang panggil. Akhirnya aku hanya mampu tersenyum dengan muka yang merah padam. Malu rasa mengaku anak melayu. Nasib baik budak yang bernama Zack tu bukan budak kelas kami. Dia perantau bersama dua kawannya lagi. But who cares.

Tuesday, November 11, 2008

My Self....

At last lahirlah juga medan luahan perasaan saya yang julung kalinya
Saya bagaikan "budak baru belajar" so beri tunjuk ajar k....