Thursday, December 18, 2008
Mistik
Persoalan diminda membawa aku mengutarakan topic di atas. Well, dalam dunia yang menuju ke arus moden (predicted recession for period of 2 years)tetapi ia masih taboo dan dipercayai kuat di beberapa negeri dan daerah dearah kecil Di Malaysia. Namun sudut diskusi aku kali ini takkan pergi jauh ke alam mistik yang aku sendiri tak faham. Aku cuma ingin membawa kepada bicara Mentera Semerah Padi yang dinamakan "Power Of Love". Seorang teman pernah berkongsi cerita mengenai Cinta Luar Biasa ini. Namun aku leka berfikir membawa kepada persoalan, adakah ia kekal abadi. Sihir cinta yang dijampi, adakah tulus dari hati ataupun sekadar dendam kesumat kerana cuba ingin memiliki sesuatu yang diidamkan. Namun akhirnya ini membawa kepada penggunaan cara cara halus dan halimunan. Betullah kata pendapat orang yang terdahulu, Manusia seringkali tidak akan matang bila melibatkan Cinta. Dalam diam cinta adalah senjata dan pembunuh yang paling kejam kerana dapat mempengaruhi manusia mengikut perasaan tanpa memperdulikan kelogikkan akal. Ayat ayat cinta yang telah dijampi mengikut kepercayaan dan cara tersendiri begitu "kuat" sehinggakan siMangsa tak perlu berjumpa 4 mata pun boleh terkena. Betapa jahilnya pemangsa yang melakukan sedemikian sehingga sanggup membelakangkan agama masing masing yang melarang keras perbuatan sesat ini. Well, aku cuma ingin berkongsi pendapat tentang topic ini namun jauh di hati langsung tidak ingin memperkecilkan ataupun memperolokkan sesiapa mengenai hal ini. Sekadar untuk tatapan bacaan pada mereka yang singgah diblog ini. Apapun kisah benar telah membawa ku hanyut untuk berdiskusi topic yang agak klise tapi masih panas dalam masyarakat kita. Susah nak percaya tetapi ia berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment