Sunday, January 2, 2011

My Heart is calling U ....Kisah Cinta kami




Sengaja aku memilih tajuk Cinta sekali lagi malam ni. Yalah bersempena kan anniversary kami biarlah aku beromantis romantis sket dalam Diari berjalan ku ni. Walau hidupku ni kekadang kusut sket sebab macam minah terencat ada ketika menangis gumbira bila mana segala jenis X YZ nyer berkahwin,....bertunang dan menemui kebahagiaan masing masing di update dlm Blog Merah Hitam ni namun cinta ku tetap utuh untuk My Mister Superman...(erkss sebab dia giler bangat ngan Tom Welling...). Dalam orang sibuk sibuk menukar background blog aku masih setia mengekalkan background ni...Bukan apa Black & REd warna kegemaran my Baby and Anime pulak ada ke"gila"an ku. Berbalik pada citer kitorang yang aku akan ingat buat selama lamanya dan tidak akan jemu untuk mengimbas serta menceritakan pada anak cucu cicit insyallah jika di Izinkan Nya.

MySpace Aku masih ingat masa tu aku baru saja menemui kegagalan dalam percintaan yang meninggalkan impak yang boleh dikira teruk gak. Namun aku bukan insan yang lemah kerana cinta. Walau pada mulanya aku frust menonggeng, 3 bulan macam mayat hidup kalau skeleton makmal nampak confirm tak mengaku sedara..seb baiklah. Ntah macam mana aku menemui "spark" dalam hidup untuk terus berjuang demi diri sendiri. Peluang pekerjaan Di Rantau orang ku sambut baik. Aku tekad. aku harus lupuskan sikap negatif untuk kebaikan diri sendiri..Ku tinggalkan tanah Kelahiran dengan rasa berat hati. Tepat 27Feb2002 pukul 8pm aku menginjak kaki ke bumi Semenanjung. Walaupun bukan pertama kali perasaan canggung tetap ada. Manatah aku jenis yang tak suka bercakap banyak di pertemuan pertama...  Jadinya aku terasing antara mereka mereka yang sibuk bertukar cerita dan pengalaman. Aku lebih suka memerhati dan mendengar...Ya Itulah karaktor diriku. Susah nak ku buang sifat sifat yang sering disalah tafsir sebagai sombong oleh mereka mereka yang pertama kali mengenali diriku....oh ya kita kembali ke kisah percintaan kami...Intro panjang sangat so kita Fast forward jelah....

Detik Pertemuan....
MySpace
Kali pertama aku menemui dirinya- dalam lift....Dia peramah...senyum pada semua orang dan menegur sapa sesiapa saja yang ada ketika itu. Pada sisiku ku pula lain ceritanya...hatiku mula bermonolog sendiri..." banyak cakap plak si Muka panjang ni. Hahahaha...memang orang kesayanganku ini paras mukanya agak panjang sket..Dia lengkap berbaju hitam... tersenyum manis sambil di tangannya mengangkat tray berisi makanan yang dipesan oleh tetamu hotel....(Harks...sekali lagi lupa bagitau lak kami kerja di Sebuah Hotel 5 bintang... :P) Begitulah pertemuan pertama kami. My first impression for him is not that good...Well that time so many rumors about his department. So being in that department automatically memberikan impresi diri yang negatif...Satu lagi he got rabbit tooth !!!saya suka....tapi benda ni hanyalah di perasankan bila kami start kuar date....Setelah tu Image lelaki yang peramah ni hilang dalam duniaku...Aku sibuk menjadi penyambut tetamu hotel yang pentingkan ketrampilan diri sempurna. Dia memang selalu Invisible dari penglihatan ku...entah mungkin cinta tidak muncul untuk kami berdua walau sering bertemu

Gosip Cinta
MySpace
Masa berlalu dengan cepat, hampir 6 bulan aku sudah berkhidmat di situ namun hatiku masih tertutup unttuk berchenta lagi. Yelah Mana taknyer aku pernah melalui peristiwa di maki hamun di telpon oleh gurlpren sorang kawan ni ingat aku nak kebas boypren dia. Apalagi aku pun bagi lah ceramah free kat Minah Psiko tu. Pastu Sebulan dua juga aku tak bertegur sapa ngan boypren dia. Last minute dia datang jumpa aku minta maaf...alasannya tak nak approach aku bila masa tu terjadi kerana dia malu....and dia takut kene tempelak ngan aku...adakah ka??? nasib baek kawan. Alhamdullilah kami masih kawan skunk and Minah Psiko tu kena tinggal. Siapa suruh cemburu buta gila babai....

MySpace Pastu ada gak dua mamat ni cuba tuk memasang jerat percintaan kat aku tapi aku ala ala jinak jinak merpati..Takut kisah lama berulang lagi. So better jadi kawan dari kekasih. Nanti aku yang gigit jari. Entah lah aku ni jenis yang memang heartless ker apa aku pun tak tahu. Atau aku memang lembab cam siput bab bak isi hati...kulit perut orang. Mamat tu berabis gak memetik bunga2 untuk di jadikan ayat2 cinta tapi aku yang buat derk.....Kalau di ingat macam aku ni kejam sangat. Di tambah peristiwa masam manis juga berlaku di dalam lift bila ada kumpulan kakak2 housekeeping memboikot aku konon2 aku ni kaki perampas. Tapi yang the best part, time diorang dok sibuk kutuk kutuk aku secara terang terangan ni aku relaks jer and buat tak tahu...So ends up kakak kakak ni makan hati. Kenapa aku buat derk?? Meh sini aku bagitau
1. Mereka salah kutuk orang...
2. Yang merampas tu sorang lagi kawan aku kat Front Office muka ala2 sebijik tapi aku tinggi sket & cute sket ...hehehe perasaan.
3. Aku tak rasa pape sebab tym tu aku tak dengar pun apa diorang cakap

Hurmm sampai macam tu sekali tertutupnya diriku pada anasir2 luar ni. Aku bisukan telinga and butakan mata pada alam sekeliling. Tapi akhirnya diorang tau gak yang dorang dah salah kutuk orang....Saya dah maafkan wahai kakak kakak Housekeeping

MySpace Kisah kami berdua
MySpace
Takdir memang sengaja menduga kami berdua. Sekali lagi kami bertembung di pertemuan yang "awkwards" kata Mat Salleh..Masa tu aku bertugas shift malam. So faham faham jelah yer kalau orang bertugas malam ni. Keadaannya cam Free N Easy sket berbanding kalau bekerja di siang hari. Dia seperti biasa tersenyum. Bibirnya akan menguntumkan senyuman. Tapi malangnya senyuman itu bukan untuk ku tapi untuk teman sekerja. Gossip cinta antara mereka juga telah banyak kedengaran di setiap penjuru hotel tu. Apa taknyer kawan aku yang sorang ni mencanangkan satu dunia yang mamat ni syok giler kat dia..Aku pandang gelagat pasangan bercinta ni tanpa apa apa rasa....Biarlah mereka berchenta yang penting temanku ini tidak mempermainkan perasaan si Mamat muka panjang ni...Pernah teman teman lain bertanya pada kawanku ini apa sebenarnya perasaan dia pada si Mamat ni...dia cuma tersenyum. Indahnya dilamun asmara kan.....Tapi  dari sisi teman2 si jejaka banyak yang kurang bersetuju dengan alasan si gadis cuma ingin menjadikan si jejaka supir untuk dia ke sana ke mari...Wallahualam.

Pertemuan seterusnya terjadi sekali lagi...Si jejaka menjemput si gadis untuk pergi ke tempat kerja. Kebetulan kami masih di shift yang sama...Dengan megahnya si gadis menjeritkan namaku dan seorang lagi teman yang kini berada di Kota London untuk turut sama menumpangkan kami berdua...Walau dalam berat hati aku menurut juga....rezeki jangan di tolak... sepanjang dalam isi kereta aku hanya dapat mendengar gelak tawa dan cerita mereka berdua. Kami seolah olah invisible bagi si pak supir... Kawan aku yang sorang ni apa lagi suka la...dia jadi Queen of the Heart...Aku sekali lagi menutupkan telinga...malas nak dengar.

Akhirnya detik pertemuan kami jadi seperti itu....hambar!!!

Adakah cinta di antara kita

Ku rasakan diriku tatkala dengan team FO dulu banyak sangat sign contract keje malam....Sebab pertemuan demi pertemuan asyik time kitorang keje malam...Berbulan berlalu...kurang dari 2 bulan lagi kami akan menutup tirai 2002....banyak pengalaman yang ku timba baik dan buruk...Kawan aku yang konon2 ala kapel ngan mamat muka panjang tu kaki Spedo...dia jenis kikis orang. Dia resign dari hotel dengan alasan dapat better offer....tapi ramai yang cakap nak cover line....rahsia dah pecah. Lantak dia la janji happy. So kita fast forwardkan lagi citer ni... Kali ni memang pasal kitorang berdua.

Kalau tak silap masa tu dah penghujung Oct. Aku keje malam ngan seorang teman lelaki yang ala ala lembut dan ayu. Setiap malam kejenyer asyik nak makan jer. Mangsa utama budak2 F&B la... So tak sangka mamat Muka Panjang ni pun keje Malam... Setiap malam dia akan bagi macam2 food termasuk Pringles...Dia siap cakap kat mamat lembut ni yang pringles ni untuk aku...so no share2...dipendekan citer...dek kerana cerdik akal Cik Saodah ni aka si Mamat lembut ni dia setkan date untuk kitorang...masih ingat lagi kata2nyer...ala nok ko single dia pun single ..pegi jelah.... aku mula mula tak ambil pot sangat apa yang dia rancangkan cos aku tau Love was not for me and I'm not ready...So aku letakkan syarat Si Saodah ni kene ikut sekali kalau ni gi tengok wayang. Sori aku nak pergi sorang sorang...So dia pun mula la akal panjangnya mengenakan kitorang....

Gagal Lagi 

Love quote    Hari yang dijanjikan tiba....tapi cuaca dan keadaan bagai tak mengizinkan pertemuan tu...Hujan turun dengan lebatnya...Aku??? terlajak tidur...Sedar sedar jer dah pukul 7pm...Lantas dengan rasa bersalah aku call mamat muka panjang ni yelah si Saodah siap bagi kitorang tukar2 nombor...Talian berjawab... "awak sorry saya tertidur tadi...next time jelah. Awak tak beli tiket wayang lagi kan?? soalku.. Tak pe lagipun saya baru bangun tidur jer...Nasib baik...Ok la jumpa awak kat tempat keje...Sengaja aku mematikan talian Fon..takde modal nak bercakap. Lagipun aku tak pernah cakap ngan dia apatah bertemu empat mata....

Selepas tu percubaan demi percubaan dia buat oleh Saodah untuk  memastikan kami ni jadi kapel seperti mana dalam perkiraanya. Hinggalah ke suatu hari kebetulan aku ingin ke Desa Petaling pada ketika itu..So si Mamat ni dengan hati yang baik menawarkan diri untuk menghantarkan aku ke Destination tersebut. Walau berat hati untuk mengatakan ya...aku mengangguk...Lewat petang kami menuju ke DP...namun sebelum ke sana si Mamat ni buat pit stop jab dekat Middle Valley. Katnyer nak singgah beli barang....So aku pun tak cakap apa la...dah adat menumpang...Sesampai kami di sana...dengan selumbernyer dia meletakkan tangannya di bahu kiriku....Aik ni ambil kesempatan ni... Aku dengan automatic memberikan pandangan tajam pada si mamat ni. Dia tersenyum... Sori saya takut awak hilang...dah ler kecik ...terangnya..Pergh!! alasan bodoh...aku tarik muka sampai kami ke Desa Petaling....Pas kejadian tu kami jadi senyap jap.....Erk.. aku alah ngan mamat mamat yang test market pada pertemuan pertama ni

Gagal lagi ker???
MySpace
Sejak peristiwa tu kami jarang bertemu. Dengar dari kawan dan Saodah dia training Bomba seminggu. Ooo tu jer jawapan dari mulutku...Teman baikku aka  bestpren mengajak ke Qbar tuk ladies night..heheh jangan korang tak tahu aku pun bleh tahan gah...Yelah tujuan ku ke sana adalah untuk menari...aku gila menari babe...but no alcohol and nicotine please...Lemas aku. Tak di sangka aku bertemu dirinya di situ. Agak janggal juga pertemuan kami tu. Tapi aku gagahkan diri untuk memberikan senyuman.Tapi aku salute habis dia malam tu..akal jahat bebudak lelaki yang lain untuk membuat Human feast. Dengan aku sorang yang masih waras plus dua sahabatku yang dah jadi drunkard...aku gagahkan diri menngapproach nyer...Sorry awak bleh tak tolong hantar kitorang pulang...Kawan saya yang sorang tu dah mabuk teruk. Dia mengangguk. Bila ku pandang, hanya Coke dan rokok yang menjadi peneman dirinya. Ooo dia pun tak minum gak...Tunggu jap saya nak bagitau Si T dulu. Pastu dengar gak bunyi pujukkan kecil antara dia dan si teman yang dah mabuk gila. Tiba tiba dia datang padaku dengan muka yang bengang. Jom!!! aku diam Speechless!!! apa jadi???  
Lantaklah yang penting kami selamat sampai ke rumah. The next day nyer jer aku dapat tau yang salah seorang teman diorang nak bawa kitorang ni jadi teman tidurnya..Ingat ni "Sleeping Dictionary" ker? bodoh betul. Hello Mister....kawan2 aku mungkin dah mabuk tak sedarkan diri tapi aku masih boleh buat langkah silat tau...Selepas kejadian tu pandangan aku padanya berubah...Tapi Cupid belum strike arrow lagi ke jantung aku cuma dup dap dup dap jer...

SMS oh SMS
MySpace
Dari dia ku mendapat tahu dia balik kampung pastu berkursus bomba selama seminggu. Patut pun lama tak nampak...Tulisku pada salah satu SMS kami...Yer lepas kejadian malam tu kami rajin menghantar berita melalui SMS. Setiap hari without fail. Sampaikan orang kat Training camp tu pun dah tahu siapa punya Phone berbunyi...Ni mesti Si Nicky la tu...Itulah hari hari ayat yang kuar dari mulut mereka. Aku ?? masa tu aku sendiri belum pasti samada aku "terjatuh cinta ngan" mamat Muka panjang ni ker atau tak. Tapi aku sangat2 menyukai tindak tanduknyer ketika itu. Setiap hari mesti ada saja mukanya menanti diriku di Loading bay. Setiap hari pasti ada saja penanti setia yang tidak pernah jemu menanti kehadiranku. Aku jatuh cinta pada dirinya tanpa sedar. Cuma yang pasti kalau dia tidak kelihatan aku akan rindu...risau terkadang seolah nafas pun tersekat...

Benci Tapi Rindu
MySpace
Kisah Cinta kami bermula dari saat benci dan bertukar menjadi seperti si Pungguk rindukan bulan. Setiap hari semakin dalam. Aku mengenali dirinya hampir sembilan tahun..4 tahun percintaan dan 5 tahun usia perkahwinan...Masih ku ingat lagi waktu mula mula dulu dia mengajak kawin aku buat endah tak endah cos padaku apa ertinya perjanjian atas kertas. Banyak sangat contoh2  negatif akibat institusi kekeluargaan dan perkahwinan. Jangan salahkan aku sebab aku pernah mengalami kegagalan hubungan percintaan yang teruk...bukan sekadar bercinta tapi bertunang..Namun dia tidak pernah putus asa untuk menyakinkan ku  akan keindahan sebuah ikatan jika diakhiri dengan perkahwinan yang suci murni. Akhirnya pada penghujung tahun 2005 kalau tak silap masa tu dalam bulan 5 @ 6 aku dengan yakinnya membalas ajakkan setelah sekian lama dengan perkataan.."Jom Kahwin". Dia mula mula ingat aku sekadar bergurau almaklumla setiap kali isu ini dibangkitkan aku jadi macam runaway bride..Cold feet semacam...tapi sekali lagi aku katakan padanya benda yang sama. Dia mulanya terkejut dan the following month kami berkursus kahwin...selepas itu proses berlaku cepat secepatnya masa berlalu

I Knew I Love You......

Photobucket Tepat 01 Jan 2006, dengan sekali lafaz aku menjadi Isteri seorang lelaki yang tidak pernah putus asa menerima kekurangan ku ....keegoaan ku....kegilaanku dengan hati terbuka. Aku menitis air mata dalam diam...yelah takut makeup cair....Entah apakah yang harus aku katakan... Terima Kasih Sayang kerana tidak pernah penat untuk mencintai diriku yang terlalu banyak kekurangannya...

09 April 2007...lahirnya permata hati kami...seorang baby gurl yang tangkas dan nakal. Dengan keberatan pada masa itu 3.84kg...dia selamat dilahirkan melalui proses Cesarean. Kini kasih sayang kami semakin membesar menjadi seorang budak perempuan yang comel dan bijak...AMIN!!

Sayang....aku tak pernah jemu untuk terus dan terus mencintai dirimu...sebab hanya dirimu seorang mampu membuatkan minah tak berhati perut ni ada perasaan...more human and my Heart is always calling your name...only your name because inside my heart there's a stone that I've already engrave you name and will be forever kept deep down inside.....Love you sayang and Happy Anniversary...anime 

1 comment:

Eg Azman said...

Bestnya baca cerita blog kali ni.. tersenyum2 aku membaca.. boleh buat filem ni!!!